Friday 6 July 2012

c!nTa daLaM !sLaM



Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah berfirman, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin 
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta… Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia. Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan. Oleh itu, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.




INSYAALLAH, KEBAHAGIAAN PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA … BERJIHAD UNTUK TEGAKKAN ISLAM...


Thursday 21 June 2012

sem 3



Hari ini dah masuk seminggu sem 3…ish3…x sangke betul cepat benor mse berlalu..rase mcm baru semalam je melangkah masuk ke ipg ni..dh sem akuhir foundation rupenye…ini bermakune selamat sudah sem 2 melabuhkan kain langsir tingkapnye..hee..byk kenangan tercipta mase sem 2..sem yang paling sesaku dan memenatkan..harapnye sem 3 ni x seperti sem 2…leganye rase hati bila dpt melepaskan jawatan sbg ALONG dlm lpd…malas aku nk pegang2 duit org ni…kalau hilang mati akal aku nak ganti balik nanti..tapi xpe la x kisah pun jawatan ap2 yang ak dapat ak akan jalankan sebaik mungkin…amanah tu…huhuhu..

Kelas dah pun bermula seperti biase…semuanya same je seperti dulu…aku hairan la ble ade org kate sem ni akuu lain…lain ke aku ni?? Pelik sgt ke aku ni??  Aku rase aku mcm biase je xde ape2 perubahan pun..mungkin ade la sikit perubahan yang mmg aku sedang berusaha utk lakuukan dan terapkan dalam diri aku ni…ye la kite kn kene lakuukan satu perubahan dalam diri untuk menjadi insan yang baik..tapi untuk melakuukan perubahan itu tidaku la perlu terlalu drastik kerana takuut diri x dapat terima dengan ikhlas..lebih baik melakuukan perubahan dari sehari ke sehari dengan istiqamah..pada pandangan aku la tapi selalunye lain orang lain carenye kn?? Ikut la yang mane2 pun janji kite berusaha untuk menjadi khalifah yang baik..

Sambung citer pasal kelas sem ni mmg aku berubah tetapi hanya kepada insan yang bergelar lelakui kalau yang perempuan tu aku masih mengekalkan sifat aku yang dulu iaitu pemikiran 4D aku..special kot orang yang berfikiran macam ni sbb setiap ayat yang kuar dari mulut aku selalunye x terjangkau kat pemikiran org lain…tapi kadang2 ade je yang sempat dapat tangkap ap yang aku fikirkan..biase la org yang berdarah jenis AB mmg karakuter diorg sedemikian rupe tu ap yang aku bace la..tetapi jgn terlalu mempercayai bende2 mcm tu..sebagai umat islam kite kene percaye sume itu ditakudirkan allah walaupun kajian yang dilakuukan itu ad persamaan dengan diri kite…herm ~aku harap aku dapat terus melakuukan perubahan pada diri aku ni..aku rindu untuk mempunyai sifat NURUL IMAN yang dulu..harap dapat kembalikan sifat2 itu dalam diri ini..aku x nk terlalai dengan duniawi yang banyak tipu daya ini..

Sunday 17 June 2012

DIRI AKU




Assalamualaikum…
Herm..dah lme en ak x update blog ni…dh penuh sawang dan sarang…sarang tikus pun ad jgak rsenye..huhu..ak bkn x nk update blog terchenta ni tp sem 2 tersangat la busy..mengalahkan perdana menteri  ( bajet mcm thu je tugas pm mcm mne)…hehehe…dalam post yang sbelum ni ak ad ckp nk citer pasal IPG kesayangan…sayang la sgt kn…
Seperti biase la kn lepas dapat je result spm berduyun-duyun surat tawaran datang  singgah kat peti surat rumah ak..boleh dikatekan setiap hari ade je surat tawaran yang gigih meluruskan dan meleperkan badannye yang lebar tu utk tembus ak pnye peti surat..ade tawaran yang ak minat ade jugak tawaran yang x bleh masuk langsung dengan aliran sains yang ak ambik kat sekolah dulu..byk yg terpa masuk kat peti surat tu bidang akaun..gigih la ak nak ambik tawaran tu..sepatah habuk pun ak x tau pasal akaun tu setakat kredit debit tu tau la..satu lagi buku lejar (ntah betul ke idak ak sebut buku tu) tau nme je..function dy ntah la utk ap kire2 mungkin..hihihi..mcm ni nk suruh ak ambik bidang akaun..bungkusla jawabnye.. ad bidang yang memeang ak idamkan iaitu sains kesihatan..ak dapat twaran dr uia ( sains bersekutu) dan uni ap ntah kat perlis yang ak tau ad international jugak kat blakang tu dalam bidang farmasi..tp disebabkan parents x bagi pegi..ak ambik keputusan sambung sains kat matrik..senang sbb dekat dgn rumah..heee..selesai je ak kemas barang2 nk ke matrik result ke IPG pun keluar..
Ak dapat sambung belajar kat IPG Kampus Kota Bharu..herm..cikgu adalah impian parent ak kepada anak2 diorg selama ni…dh dpt konfe2 mak ak suruh dtg sini..bermula 21 jun 2011 tercampaklah ak di ipg ini bersama-sama dgn kawan sekelas ak yang lain..yang ore klate nk kte diorg tercampak mcm ak jgak ke?? Herm..x kot..diorg sesuai dgn terkurung dlm negeri kesayangan diorg..ye la ad dari kalangan diorg nk keluar belajar kat tmpat lain tp dh rezeki diorg di klantan jugak nk wat mcm mne kn?? Sabar yerk!! Nnt posting mintak la kat mne korg nk..

Ipg ak skrg..cantik x??

Masa awal2 sampai dekat maktab tu sgt sedih..first sekali dh la x de kwn..bayangkan dalam kelas tu ak je dr penang org lain sume ad kawan dr negeri yang sme except ak ngan hisyam xde kawan dari negeri yang sme..huhuhu..ak ni dh la spesis susah nk approach org..teramat la susah..sejujurnye ak ni bkn nye peramah sgt pun sbb  tu susah nk tegur org..nk ckp hai atau assalamualaikum kat org yg bru kenal pun susah..biase la mulut ak ni ad platinum tu yang x terbuka sangat..hehehe..keseorangan ak di situ..tp ble difikir-fikir kan balik sampai ble ak nk bersendiri kn?? Lalu memberani kan diriku yang agak penakut ni tegur kawan2 kelas ak..dh lme start kuliah bru mle nk tegur kawan2..ish3..iman…iman..ap la ko ni..communication fail ( mmg pun ak jawab dlm hati padahal sendiri tanye diri sendiri )… kekekeke…sbb tu ak x kisah pun mase awal2 sem kawan dlm kelas ak tu cop ak sombong..jujurnye ak bkn sombong tp ego tu ad la cket..ak bkn x nk tegur korg tp ak x tahu mcm mne nk mulekannye..ak mmg x pandai dalam bab2 yg sedemikian rupe..pergh..naseb ak x cube mintak jd repoter kalau x mmg sah2 fail..hahaha

Kesuyian tatkala awal2 sem..hehe


Setelah lame2 kenal baru korg tahu ak mcm mne kn??? Mulut spesis murai tercabut ekor..hahaha..tp ak xde la 24 jam bercakap cume bercakap ble perlu je… pinjam trademark hariz safwan kejap…boleh ye hariz!!  Honestly walaupun ak ske bercakap tp ak juge memerlukan mase utk ak bersendirian…that’s why jgn pelik atau tertanya2 kenapa ak x bercakap bile ak ade dkat bilik atau kat rumah..seyes ak mmg ak jd sangat pendiam kalau kat rumah atau kat bilik..sbb pada ak kat situ la waktu utk ak bersendiri a.k.a private time ak..huhuhu..so maaf la utk roomate ak kalau terase dgn sikap ak ni..ye la x layan kau dgn baik kan?? Maksud di sini ak x layan dy sembang…huhuhu.. so kpd kawan2 yang lain ak skrg sedang berusaha utk sesuai kan diri dgn korg sume tp tetap x boleh kalau ak ad kat bilik ak sendiri..bilik org bleh la ak wat bising tp ble balik je bilik ak mulut ak ibarat ad belunggok-lunggok emas sampai kadang2 tu x terbuka takut kne curi….tp tu la diri ak yg sebenar..heh..brape byk tapi daa ak gne…hehehe..so kpd kawan2 sori ye korg...

Sayang korg sume!!